Selasa, 28 September 2010

Cas Ligas Menakluki Pusat Bandar

  Ismail Ahmad       Selasa, 28 September 2010

Pengangkutan awam sememangnya amat penting di dalam era kemodenan kini. Kalau di Kuala Lumpur atau pun Pulau pinang, terdapat Rapid KL dan Rapid Penang, tetapi di Terengganu satu-satunya negeri yang menawarkan mod pengangkutan awam yang unik di kendalikan oleh syarikat Cas Ligas Sdn Bhd.

Di kotaraya besar dan negara dunia ketiga, sistem bas rapid transit (BRT) di perkenalkan sebagai mod utama pengangkutan di bandar. Di Terengganu sendiri perkhidmatan pengangkutan awam sedang memasuki fasa penambahbaikan dan telah mencipta keunikan tersendiri. Reka bentuk bas Cas Ligas sendiri tidak terdapat di mana-mana bandar-bandar di dalam Malaysia, hanya di Terengganu sahaja. Tujuan asal perkhidmatan ini untuk membantu golonga berpendapatan rendah selain meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam Bandar.

Komen : Awee suka benar lihat reka bentuk bas yang melambangkan kesenian di Terengganu.

Syabas Terengganu!


logoblog

Thanks for reading Cas Ligas Menakluki Pusat Bandar

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan