Selasa, 21 September 2010

Kemanisan Pulut Lepa Yang Tiada Ganti

  Ismail Ahmad       Selasa, 21 September 2010

Pulut lepa, pulut panggang hampir sama rupanya, Cuma rasanya sahaja yang berlainan. Betul ke? Ada orang kata sama aje kerana rupanya sama. Sebenarnya kalau anda rasa betul-betul memang ada kelainan antara pulut lepa dan pulut panggang.

Kat sini Awee Cuma nak kongsi aje resepi pulut Lepa. Makan lagi..haha..memang Awee minat dengan kuih muih tradisional. Sedap dan menyelerakan.Nyum-nyum.

Bahan-bahan

1. 300 g pulut, direndam semalaman
2. 125 ml santan (dari 1 biji kelapa)
3. sedikit garam
4. 10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur dahulu
5. 20-24 batang lidi/buluh untuk mencucuk

Bahan-bahan isi
1. 400 g ikan selayang/kembung, direbus, ambil isi & tumbuk halus
2. 4 biji bawang merah, dicincang halus
3. 1/2 biji kelapa parut
4. 200 ml santan (1/2 kelapa)
5. 1/2 kpg asam gelugur (kecil)
6. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
7. sedikit gula
8. sedikit garam secukup rasa

Cara penyediaan
Kukus pulut sehingga masak selama 30 minit
Angkat pulut dan gaulkan dengan santan yang telah dicampurkan garam dan gula
Kukus pulut tadi selama 5 minit lagi.kemudian angkat dan sejukkan


Untuk isi pula:
Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan.Biar ia lembab sedikit. Angkat dan biar sejuk. Kemudian bungkus dengan daun pisang dan bakar sekadar untuk memanas sahaja. Pasti aroma yang sedap akan menusuk ke hidung. Yeah!

logoblog

Thanks for reading Kemanisan Pulut Lepa Yang Tiada Ganti

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan