Selasa, 28 September 2010

Keindahan Hotel Felda Residence

  Ismail Ahmad       Selasa, 28 September 2010
Musim perayaan sudah masuk ke pertengahan. Tapi masih ada yang santai dan seronok sakan beraya. Maklum lah kita raya selama sebulan. Jika bertandang ke Kuala Terengganu, tinggal lah lama sedikit. Kalau cuti sehari dua memang tak puas. Lagi pun di musim perayaan banyak hotel-hotel dan penginapan baget membuat promosi.

Cerita pasal hotel, Awee nak kenalkan hotel Felda Residense. Sememangnya hotel ini ada keunikan tersendiri melalui senibina nya yang berbentuk rebung tinggi mengadap keindahan sungai Terengganu boleh membuatkan anda terpukau, bukan di pukau tau dengan keindahan semulajadi dan pemandangan indah Terengganu. Sebenarnya melalui lif sahaja anda sudah boleh lihat pemandangan indah pesisiran pantai Terengganu. Bukan Awee nak promosi lebih-lebih tetapi kebanyakkan pengunjung yang menginap di sini pasti setuju dengan pandangan Awee.

Lokasinya tak lah begitu jauh dan terletak bersebelahan dengan Waterfront dan Kampung Cina boleh dikatakan di tengah pusat bandar Kuala Terengganu. Kemudahan yang ada sama seperti kebanyakkan hotel yang lain tetapi bila anda menginap di sini pasti anda dapat merasa kelainannya.

logoblog

Thanks for reading Keindahan Hotel Felda Residence

Previous
« Prev Post

1 ulasan: